Resepi Sandwich Sardin sedap dan viral

Resepi Sandwich Sardin. Resepi sandwich sardin ini merupakan resepi yang paling mudah untuk disediakan. Sesuai dimakan ketika berkelah mahupun sewaktu sarapan. so jangan lupa untuk mencuba resepi sandwich sardin ini. Semoga anda dapat manfaat dengan perkongsian resepi ini.


Bahan-bahan

- 1 tin sardin
- 3 sudu makan minyak
- 2 biji cili merah (cincang)
- 1 biji bawang merah (cincang)
- 1 sudu kecil gula
- 2 biji limau kasturi
- 1 sudu makan sos ikan
- Timun (hiris nipis)
- 1 bungkus roti putih

Cara-cara

- Tumis bawang dan cili sampai naik bau.
- Tambahkan ikan sardin dan sos ikan. Hancurkan ikan sardin masa dalam kuali.
- Masukkan gula dan sos ikan dan kacau sebati. Masak sehingga hampir kering.
- Sejukkan dan perahkan limau kasturi, gaul sebati.
- Letakkan pada roti dan lapiskan dengan timun. Tekap dengan sekeping lagi roti. Potong serong roti kepada dua.

Sedapkan sandwich sardin ni, simple je nak buat. Cubalah!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Sandwich Sardin sedap dan viral"

Post a Comment