Resepi Sata Ikan

Resepi Sata IkanSiapa suka beli sata ikan kat pasar malam lepas ni dah boleh cuba buat sendiri pulak. Mana tau teringin nak makan tapi lambat lagi nak tunggu hari yang ada pasar malam kan.


Bahan-bahan

- 1 kg ikan sardin
- 500g kelapa parut
- 250g bawang merah
- 1 ikat daun kesum
- 30 biji cabai burung
- Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

- Kisar ikan bersama cabai dan bawang. Kisar hingga hancur.
- Kemudian tambahkan kelapa parut dan perasakan dengan garam dan gula.
- Tmbahkan daun kesum yang diracik. Gaul rata ye.
- Bungkus dengan daun pisang.
- Sata ikan ni boleh dibakar atas kuali leper.

Siap. Simple je kan asalkan rajin. Lepas ni boleh dah tunjuk skill buat sata dekat rumah.

0 comment... add one now