Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup
Sotong goreng tepung ni memang selalu jadi menu pilihan kalau makan di mana-mana restoran. Jadi tak perlu makan kat luar pun korang dah boleh buat sendiri kat rumah. Jom cuba.

Bahan-bahan

- Sotong
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1/4 cawan tepung beras
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 biji telur
- Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

- Potong sotong ikut saiz yang korang suka. Potong kasar je jangan nipis sangat nanti tak rasa sotong pulak. Sotong ni korang toskan kalau boleh sekering yang mungkin. Sebab goreng sotong ni senang meletup-letup sebab air tu.
- Kemudian gaulkan sotong dengan sedikit garam, biarkan selama 10 minit.
- Pecahkan telur dan gaul dengan sotong tadi.
- Dalam satu bekas lain campurkan semua tepung, serbuk lada dan garam. Gaul sebati ye.
- Pastikan minyak betul-betul panas, salutkan sotong tadi dengan adunan tepung dan goreng.
- Bila sotong dah bertukar warna keperangan angkat dan toskan.

Sotong goreng tepung ni sedap makan dengan sos cili thai. Kena cuba tau.

0 comment... add one now