Resepi Sotong masak kicap

Resepi Sotong masak kicap. Pasti ramai yang suka dengan keenakkan sotong bukan?.. Selain masak sambal, sotong juga sedap dimasak kicap. Di sini kami kongsikan kepada anda semua resepi sotong masak kicap. Selamat Mencuba



Bahan-bahan

- 400g sotong (goreng)
- 30g kicap pekat
- 100g serbuk lada hitam
- 40g gula
- 10g stok sayuran
- 100g lobak merah (potong)
- 100g lada benggala merah (potong dadu)
- 100g lada benggala hijau (potong dadu)
- 100g seleri

Cara-cara

- Panaskan minyak. Tumis lada benggala, lobak merah dan seleri.
- Gaul sebati, masukkan serbuk lada hitam, kicap pekat dan stok sayuran.
- Biarkan seketika dan masukkan sotong yang dah digoreng tadi.
- Perasakan dengan gula dan garam. Sedia untuk dihidang.

0 comment... add one now