Resepi Sup Brokoli

Resepi Sup Brokoli. Pada yang berdiet tu jom kita try buat sup brokoli. Simple je, nak buat hari-hari pun boleh.


Bahan-bahan

- 1 mangkuk brokoli
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 ketul kiub ikan bilis
- 1/2 inci halia
- 1 biji telur
- 2 cawan air
- Sedikit serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa

Cara-cara

- Dalam satu periuk kecil didihkan air. Kemudian masukkan bawang putih, halia, kiub ikanbilis dan brokoli.
- Biarkan seketika sehingga brokoli lembut. Pecahkan telur dan kacau sebati.
- Perasakan dengan lada hitam dan garam. Sedia untuk dihidang.

See simple je kan. Bahan-bahan pun senang je nak cari. Selamat mencuba.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Sup Brokoli"

Post a Comment