Resepi Sup Ketam

Resepi Sup KetamSup ketam sesuai dimakan kalau korang demam ke atau sakit. Tapi kalau sihat pun apa salahnya nak buat sup ketam kan. Okay jom tengok resepi.


Bahan-bahan

-1/2 kg ketam
- 1.5 liter air
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- Sedikit serbuk lada hitam
- Sedikit garam
- 2 sudu makan tepung jagung
- 1 biji telur
- 40g suhun

Cara-cara

- Basuh ketam dan belah dua. Rebus ketam sehingga masak.
- Ketam yang siap direbus tadi dikeluarkan isinya. Air rebusan ketam simpan ye.
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih yang dihiris.
- Bila bahan tumis dah naik bau dan keperangan, masukkan air rebusan ketam.
- Biarkan mendidih dan masukkan isi ketam. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
- Masukkan suhun dan tepung jagung yang dah dibancuh dengan sedikit air.
- Kacau sehingga masak dan pecahkan telur. Kacau supaya telur pecah dan tutup api.
- Hiaskan dengan daun bawang dan hidang.

Wahhh senang je kan. Sedap pulak tu. Boleh shopping barang nak buat sup ketam dah lepas ni.

0 comment... add one now