Resepi Tauhu Berlauk

Resepi Tauhu BerlaukTauhu berlauk ni kalau makan macam tu je pun sedap tau. Siapa yang tak makan tauhu kena try tauhu berlauk ni.


Bahan-bahan

- 4 biji tauhu
- 2 tiub tauhu jepun
- Isi ayam
- 3 biji cili merah
- Beberapa helai daun bawang
- Beberapa helai daun sup
- 4 biji telur
- Garam dan serbuk lada putih secukup rasa.

Cara-cara

- Kisarkan bersama tauhu, tauhu jepun, isi ayam dan 2 biji telur.
- Keluarkan bahan kisar dan campurkan cili merah daun bawang dan daun sup yang dihiris. Kemudian perasakan dengan garam dan serbuk lada putih. Gaul rata.
- Masukkan adunan ke dalam loyang atau bekas plastik. Bekas yang tahan kukus ye. Kukus dalam 15-20 minit. Nak tau masak atau tak, adunan jadi keras.
- Dah masak, keluarkan dari pengukus dan potong ikut saiz yang korang nak.
- 2 bij telur lagi pecahkan dan kacau. Celup adunan yang dah dikukus tadi ke dalam telur dan goreng.
- Angkat bila tauhu dah mula keperangan. Toskan dan boleh dihidang bersama sos kegemaran korang.

Memang sedap, kena try tau.

0 comment... add one now