Resepi Telur Dadar Gebu

Resepi Telur Dadar GebuSenang je nak goreng telur dadar ni. Mesti semua orang tau kan. Okay kalau ada yang tak tau jom tengok resepi.


Bahan-bahan

- 2 biji telur ayam
- 1 biji bawang merah
- 1 sudu makan mayonis
- Secubit garam
- 2 biji cili api (ni ikut korang la kalau nak pedas tambah lah lagi eh)
- 1 tangkai daun sup

Cara-cara

- Bawang merah ni korang hiris nipis, ni bagi yang tak berapa suka bawang la. Kalau yang memang suka rasa bawang tu hiris kasar pun takpe.
- Cili api pun potong jugak ikut ketebalan yang korang suka. Daun sup potong kecil.
- Campurkan telur, bawang, mayonis, garam, cili dan daun sup.
- Semua bahan ni korang pukul sampai berbuih ye. Pukul pakai garpu je senang.
- Panaskan api untuk menggoreng. Okay nak goreng telur dadar minyak jangan banyak sangat. Kalau tak nanti telur tu serap minyak. Agak-agak je asalkan telur jangan melekat kat kuali sudah. Melainkan korang pakai nonstick pan.
- Bila minyak dah panas terus masukkan telur tadi. Pandai-pandai korang la nak gelekkan kuali tu macam mana asalkan telur dadar tu nampak sekata ketebalannya and cantik. Pastikan api jangan besar ye kalau tak hangit pulak nanti.
- Tunggu sampai bahagian bawah garing baru terbalikkan telur dadar tu. Teruskan goreng sampai dua-dua bahagian garing dan masak. Tutup api dan angkat.

Okay siap, makanlah dengan nasi panas, sos cili thai ke kicap ke memang sedap. Kena try okay!

0 comment... add one now