Resepi Tepung Bungkus

Resepi Tepung Bungkus


Bahan-bahan

- 300g tepung beras
- Daun pisang untuk membungkus
- 1 biji santan

Bahan inti
-1/2 biji kelapa parut
- 240g gula
- 300g gula merah
- 2 sudu makan tepung pulut

Cara-cara

- Masak gula dan gula merah di dalam kuali. Masak bersama kelapa parut. Masak sebati ye, ni untuk inti nya nanti. Dah masak angkat dan sejukkan.
- Inti kelapa ni gentel jadi bulat. Tepung pulut ni bancuh dengan sedikit air dan balutkan pada inti kelapa tadi. Ketepikan.
- Untuk tepung bungkus, masakkan santan bersama tepung beras. Biarkan adunan mendidih sehingga pekat. Dah masak, sejukkan.
- Okay untuk membungkus, potongkan daun pisang dengan saiz yang bersuaian. Ambil sesudu adunan tepung tadi dan letak atas daun pisang.
- Letak inti yang dah dibulatkan tadi ditengahnya.
-Bungkus dengan emas dan kukus sehingga masak.

Okay siap. Boleh dihidang bersama kopi o panas. Selamat mencuba.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Tepung Bungkus"

Post a Comment