Resepi Terung Sambal

Resepi Terung SambalTerung sambal ni memang sedap walaupun makan dengan nasi kosong dan ikan goreng je. Kalau selalu beli kat luar je lepas ni boleh try masak.


Bahan-bahan

- Terung
- 8 biji cili merah
- 3 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- Sedikit belacan
- 1 sudu makan cuka
- Gula dan garam secukup rasa
- Minyak

Cara-cara
- Terung dipotong serong. Terpulang nak potong kecil atau besar.
- Then goreng terung agak-agak garing, angkat dan ketepikan.
- Kisar cili, bawang dan belacan.
- Tumis bahan kisar tadi hingga naik bau dan pecah minyak.
- Tambahkan cuka, garam dan gula secukup rasa.
- Kalau rasa kering sangat boleh tambah air.
- Bla sambal dah masak boleh tuang atas terung yang digoreng tadi.

Okay siap. Selamat mencuba.

0 comment... add one now