Resepi Ubi Keledek Goreng

Resepi Ubi Keledek Goreng


Ni salah satu menu sarapan atau minum petang yang korang boleh cuba. Selain makan pisang goreng je, kita cuba pulak keledek goreng.

Bahan-bahan

- 450g ubi keledek
- 100g tepung pulut
- 50g gula perang
- Sedikit bijan untuk salut
- Secubit garam

Cara-cara

- Ubi keledek dikupas kulitnya. Kemudian rebus hingga empuk.
- Toskan ubi keledek yang dah siap rebus tadi, biarkan sejuk.
- Kemudian lecekkan ubi keledek bersama gula, tepung dan garam.
- Lecek dan gaul sebati sampai jadi doh tau. Garam tu berfungsi untuk buat rasa dia lemak-lemak sikit.
- Okay dah siap lecek, bentukkan doh tadi jadi bulat. Tak kisahlah korang nak buat besar ke kecil ke terpulang.
- Doh yang dah dibulatkan tadi, salutkan dengan bijan. Nak senang korang gelekkan je kat bijan tu asalkan dia bersalut sekata.
- Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas ye baru masukkan doh tadi.
- Kalau nak makn terus, goreng sampai garing. Warnanya akan jadi perang keemasan gitu.
- Kalau nak makan kemudian atau nak simpan, goreng separuh masak then simpan dalam bekas kedap udara.

So selamat mencuba ya!

0 comment... add one now