Resepi Vege Pizza

Resepi Vege Pizza. Bagi anda yang berminat untuk membuat Vege Pizza, di sini kami kongsikan bersama - sama anda, resepi dan cara membuat Vege Pizza. Semoga anda semua berjaya dalam mencuba resepi ini


Bahan-bahan

- 8 keping biskut
- 50g cendawan butang (cincang)
- 50g brokoli (potong dadu)
- 2 batang sosej (hiris)
- 2 sudu kecil tomato puri
- 50g keju cheddar
- 6 biji buah zaitun (hiris)

Cara-cara

- Ambil sekeping biskut. Sapukan atasnya dengan tomato puri.
- Letakkan cendawan, brokoli, sosej dan buah zaitun. Ulang untuk 7 keping biskut lagi.
- Last sekali letakkan keju cheddar pada setiap biskut, kemudian bakar selama 5-8 minit.
- Bergantung pada kepanasan oven masing-masing ye.

Dah siap bakar bolehlah dihidang. Selamat mencuba.

0 comment... add one now