Tips Mudah Bangun Tahajud yang Perlu Anda Tahu

Tips Mudah Bangun Tahajud yang Perlu Anda Tahu

Pernah tak kadang-kadang kita rasa resah, tak sedap hati ataupun ada je benda yang mengganggu fikiran. Mesti pernah kan, kadang tak tau pun apa punca. Rumah dah kemas, kerja dah siap, rezeki duit alhamdulillah masih ada. Jadi apa yang tak cukup? Pada hati mungkin? Cuba audit balik hubungan kita dengan Allah, kita banyak tak luangkan masa untuk solat sunat, mengaji walaupun sehelai muka surat?

Untuk rasa lapang dan hati rasa bahagia, cuba bangun untuk tahajud. Tapi ramai yang susah bangun awal pagi kan. Kat sini kami share tips untuk bangun tahajud yang mudah. Banyak cara yang korang boleh buat,ni antara tips nya.



Tidur siang
Kita digalakkan tidur sekejap pada waktu tengahari. Ambil sedikit masa sebelum masuk waktu zohor, cuba untuk lena sekejap dalam 15 hingga 20 minit.

Tidur lebih awal
Bagi yang baru bermula, cuba korang masuk tidur awal supaya esoknya boleh bangun awal jugak. Sebaiknya selepas isyak atau sebelum 10 malam korang dah tidur ye.

Baca mathurat dan doa sebelum tidur
Membaca mathurat ni nampak seperti satu amalan yang mudah. Ye mudah tapi manfaatnya besar tau. Amalkan baca mathurat untuk pendinding dan ia juga memudahkan korang untuk bangun awal. Jangan lupa baca doa tidur.

Niat
Okay niat ni penting, kalau korang takde niat untuk bangun tahajud memang takkan bangun la kan. Mintak pada Allah supaya kita mudah bangun dan tidur kita tu cukup untuk rehatkan badan. Sambil tepuk-tepuk bantal sebelum tidur tu niatkan dalam hati.

Amalkan berwuduk sebelum tidur
Jangan pandang remeh berwuduk sebelum tidur ni, berwuduk akan membuat kita bersih dan suci sewaktu tidur. Tanamkan azam yang kuat untuk bangun okay.

Ni antara tips mudah, mula-mula memang liat sikit,kunci jam pun tak bangun. Kalau bangun pun, off alarm dan sambung tidur balik. Takpe, jangan terus push diri. Kalau hari ni sekadar baring and off alarm, esok mungkin korang bangun, duduk dan tidur balik. Lusa mungkin dah berjalan pergi ambil wuduk. Percaya tak ada yang dah ambil wuduk pun lepas tu boleh tidur balik. Malah, dah siap pakai telekung atas sejadah pun boleh tertidur.Ada ke? Ya ada, tapi takpe yang penting usaha. Usaha yang sikit-sikit lebih baik dari takde usaha langsung. Nak buat amalan baik, bukan petik jari terus jadi baik. Allah menilai atas usaha kita. Mana tau lepas tu korang pulak yang kejutkan orang lain untuk tahajud, kan.

Jangan pernah give up, tanamkan azam yang tinggi. Cuba okay? - Cik Nurul

0 comment... add one now