3 Foundation Terbaik Yang Boleh Didapati di Farmasi

3 Foundation Terbaik Yang Boleh Didapati di Farmasi

Kadang keliru kan nak guna foundation jenama apa sebab semua nampak best. Takpe yang penting sesuai dengan kulit dan senang nak cari. Bagi yang masih tercari-cari jom go through foundation apa yang best. Mungkin dapat membantu kurangkan dilema tu.

Revlon Colorstay Makeup Pump



Okay yang ni best, foundation ni jenis tahan lama. Bila pakai pun tak bercapuk, muka tak nampak berminyak walaupun pakai dari pagi sampai petang. So siapa yang jenis kulit kombinasi dan berminyak boleh cuba guna foundation ni. Ia juga dapat menutup pori so takdelah berpeluh secara keterlaluan. Tapi warna yang ada tak banyak but still sesuai untuk kulit korang.

Loreal Matte Magique Liquid Foundation




Foundation ni nampak lebih natural bila disapu pada kulit. Ia tahan lama dan tekstur pun best. Semua jenis kulit sesuai gunakan foundation ni sebab ia tak melekit dan terasa ringan je kat muka. Bagi yang tak suka mekap tebal boleh cuba loreal ni okay.

Maybelline Fit Me Matte Plus Poreless Foundation




Sesuai dengan tona kulit orang Malaysia sebab ia banyak pilihan warna. Harganya masih mampu milik dan juga mempunyai tekstur yang ringan. Cepat meresap bila disapu di muka. Jadi mungkin boleh cuba Maybelline ni sebab memang banyak pilihan warna yang korang boleh pilih daripada yang paling cerah hingga warna yang paling gelap.

Ni hanya sebagai panduan. Kalau korang dah memang ada favourite foundation sendiri pun takde masalah. Bagi yang masih tercari-cari mungkin boleh cari di farmasi seperti guardian atau watson lepas ni.

0 comment... add one now