3 Tempat Makan Yang Best di Tambun Ipoh

3 Tempat Makan Yang Best di Tambun Ipoh

Bagi yang berada di kawasan Tambun Ipoh, korang boleh try makan dekat 3 tempat best ni. Bagi yang tak tau lepas ni boleh cuba okay.

Restoran Kampung Ipoh

Restoran ni adalah yang terbesar di Ipoh, menyajikan Steamboat dan grill, seafood, shellout dan banyak lagi menu tempatan yang menepati citarasa korang. Jangan lupa rasa ABC Black dan Ais vanilla latte tau.

Lokasi : No.34, 36 & 38, JLN SCI 1/3, Sunway City Ipoh Perak
Waktu operasi : 4 petang-1 pagi (isnin-khamis), 4 petang-2 pagi (jumaat-ahad)
No tel : 013-459 6360





Kredit gambar : Facebook Restoran Kampung Ipoh Official

Mybest Western Cafe

Antara pilihan yang terbaik bagi yang suka sajian makanan ala barat. Antara menu yang best, Beef steak dan Grilled chicken spaghetti with cheese. Nasi arab dan steamboat pun ada tau. Makan New York cheese cake dengan kopi o panas memang terbaik!

Lokasi : 25 JLN SCI 1/2 Sunway City Ipoh, Perak
Waktu operasi : 5 petang-11.30 malam (buka setiap hari kecuali hari perayaan)
No tel : 019-555 6022



Kredit gambar : Facebook Mybest Western Cafe

Foods Project

Kafe yang sederhana dan ringkas yang dipenuhi dengan rimbunan hijau. Menu ayam buttermilk dan nasi goreng foods project antara sajian utama kat sini tau.

Lokasi : 1, Jalan Sci 1/7, Sunway City Ipoh Tambun, Perak, Malaysia
Waktu operasi : 5 petang-12.15 pagi (buka setiap hari)
No tel : 011-2150 5789






Kredit gambar : Facebook Foods Project Cafe

Semua makanan nampak menyelerakan. Memang kena pergi!!

0 comment... add one now