5 Ayat Yang Wanita Suka Dengar

5 Ayat Yang Wanita Suka Dengar

Okay siapa yang susah sangat nak keluarkan kata-kata manis pada pasangan? Kadang peempuan akan rasa pasangannya tak romantik atau tak caring. Okay tak payah pening, cuba cakap 5 ayat ni pada pasangan. Perempuan mesti suka.



‘Awak cantik lah’
Tak kisahlah perempuan tu gemuk ke kurus ke, semua perempuan sukakan kecantikan dan suka dipuji. Kalau masa bercinta hari-hari puji apa salahnya lepas kahwin pun puji jugak kan. Jangan kedekut sangat ayat nak keluar dari mulut tu. Perempuan ni kadang dia menunggu suami puji tak kisah lah baju dia ke, muka dia ke. Kalau dia tanya muka dia cantik lagi ke tak walaupun dah berkedut, pandai-pandai lah pusing ayat. Jawab jelah ‘tak kisah apa pun awak tetap cantik dari dulu sampai sekarang.’Haa gitu. Tapi janganlah cakap tu tunjuk muka macam terpaksa pulak, ikhlas okay.

‘Ya saya dengar’
Mungkin yang ni banyak lelaki bermasalah. Bila perempuan nak meluah je time tu la kau nak tengok tv lah, main handphone lah. Kalau ditanya balik kan susah nak menjawab. So kesimpulannya please sediakan telinga bila diorang meluah, kadang bukan nak minta penyelesaian pun. Cukup sekadar dengar dan respon.

‘Jangan risau, semuanya okay’
Biasalah perempuan lebih beremosi daripada lelaki. So kata-kata yang menenangkan dan sokongan membina sangat diperlukan. Jangan kau buat tak layan je bila dia sedih. Tunjuk sikit yang kau tu wujud dan berfungsi untuk melindungi dia, faham?

‘Ada yang boleh saya tolong?’
Lelaki macam ni bagus, nampak pasangan perlukan bantuan apa lagi offer lah khidmat superman kau tu. Walaupun kadang kerja yang wanita buat ni tak susah mana, tapi saling membantu kan dapat mengeratkan hubungan. Perempuan akan rasa lebih dihargai. Kalau dia tengah basuh pinggan, kau tolonglah angkat kain kat ampaian tu. Simple kan, lepas ni buat eh.

‘Saya cintakan awak’
Nampak macam melayu terakhir sangat eh? Tukar jelah jadi ‘I love you’. Masih lagi maksud yang sama. Tak pun saya sayang awak ke. Ya faham lelaki kadang bukan gunakan cara meluah untuk bagi tahu rasa hati. Tapi tak salah pun untuk cakap perkataan bermakna tu pada pasangan. Diorang akan rasa happy sangat tau, bukan selalu pun kau kena cakap. Naik kan sikit semangat pasangan tu barulah hubungan lagi bahagia. Malu? Okay text je atau tulis surat. Sweet kan.

Okay lepas ni amalkan ye. Kalau rasa kau tu memang tak romantik habis, cubalah slow-slow. Pasangan akan nampak usaha korang tu. Good luck!

0 comment... add one now