5 Barangan Dirumah Yang Mempunyai Tarikh Luput

5 Barangan Dirumah Yang Mempunyai Tarikh Luput

Kalau makanan atau minuman yang dijual di kedai mesti dah siap tulis tarikh luput kan. Barang-barang kat rumah pun ada tau cuma kita tak perasan atau mungkin jugak tak tahu. So apa barang tu? Lets check it out!

Bantal



Siapa kata bantal takde tarikh luput. Yelah mana pernah tau kan, kalau dan bantal pun boleh jadi ‘bantal busuk’ bila masa pulak expired nya. So kalau korang nak tahu tarikh luput bantal adalah 2-3 tahun. Bantal yang digunakan lebih dari jangka hayatnya akan cenderung untuk jadi rumah kepada hama. Bantal yang dah lama ni pun banyak yang lembik lepas tu mula lah sakit leher. Tapi bantal lama ni lah yang jadi favourite korang kan.

Tuala



Kadang selagi tuala boleh guna selagi tu la dipakai hari-hari kan. Tahu tak jangka hayat tuala ni selama 1-2 tahun je. Tuala yang basah atau lembap akan menyebabkan pertumbuhan bakteria, jadi kena alert tau. Ni ada jugak yang pakai sampai nipis dan warna pun dah bertukar jadi gelap.

Puting botol bayi



Jangan tak tau ye puting botol bayi pun ada tarikh luput jugak. Jangan selagi boleh pakai selagi tu dipakai jugak. Jangka hayatnya hanya 2-5 minggu, jadi rajin-rajin tengok mana tahu dah rosak. Puting yang dah lama akan menyebabkan pengumpulan bakteria tau.

Berus gigi



Berus gigi jangka hayatnya 3 bulan je uolss, tapi ramai je yang guna selagi boleh kan. Kadang sampai bulunya dah tercabut dan rosak baru nak tukar. Nanti check berus gigi masing-masing ye ada lagi ke yang masih cantik. Ke yang lama pun korang masih simpan.

Span mandian



Span mandi hanya tahan selama 2-3 minggu je tau. Disebabkan span ni memang selalu basah jadi bakteria akan cepat membiak. Jadi cara nak jaga span, lepas guna pulas dan keringkan.

Jadi lepas ni boleh lah check balik mana barang yang masih boleh guna ataupun dah sepatutnya diganti baru.

0 comment... add one now