5 Lagi Tempat Menarik Yang Boleh Dilawati Di Negeri Perak

5 Lagi Tempat Menarik Yang Boleh Dilawati Di Negeri Perak

Okay sebelum ni kita dah tau 5 tempat menarik di Perak. Ni kita share 5 lagi tempat yang best. Bawak family bercuti pun seronok kan.

Pulau Orang Utan


Sebuah pulau yang terletak di Bukit Merah merupakan pusat pemeliharaan dan penyelidikan orang utan terunggul di dunia. Anda dapat melihat habitat orang utan dengan lebih dekat.

Gua Tempurung


Gua batu kapur yang terbesar di semenanjung malaysia ini berusia lebih 400 juta tahun. Tangga yang dibina melingkari gua, memudahkan pelawat melihat lebih dekat keunikan stalaktit dan stalagmit.

Jejak Warisan Bandaraya Ipoh


Menjejaki di sekitar bangunan-bangunan bersejarah seperti Dewan Bandaraya Ipoh, Mahkamah Tinggi, Kelab Diraja Ipoh, Stesen Keretapi dan Menara Peringatan JWW Birch mengingatkan kita kesan tinggalan pemerintahan penjajah.

Tapak Warisan Dunia Lembah Lenggong


Penemuan sebuah tapak arkeologi yang merupakan bukti penempatan tamadun manusia semenjak zaman Paleolitk. Antara penemuan terpenting adalah Manusia Perak. Galeri arkeologi lenggong mempamerkan artifak-artifak sejarah sejak 1.3 juta tahun dahulu. Pada 30 jun 2012 UNESCO telah mengisytiharkan lembah lenggong sebagai tapak warisan dunia.

Kuala Kangsar Bandar Diraja


Bandar diraja kuala kangsar mempunyai banyak bangunan bersejarah. Istana iskandariah, muzium diraja, masjid ubudiah dan galeri sultan azlan shah menjadi tarikan utama pelancong.

Sememangnya banyak lagi tempat menarik kat Perak yang korang boleh explore. Jom cuti-cuti malaysia.

0 comment... add one now