5 Tempat Makan Yang Best di Meru Ipoh

5 Tempat Makan Yang Best di Meru Ipoh

Okay kali ni kita tengok pulak tempat makan yang best kat Meru.

Cotton craft

Sebuah kafe yang tenang dengan sentuhan gabungan warna putih dan biru. Hidangan pasta lemak cili padi dan Sup tulang merah singapore bersama roti arab antara sajian yang popular kat sini. Smoke salmon pasta juga mendapat permintaan yang tinggi dari pengunjung. Nanti korang try okay.

Lokasi : 22A Pusat Perniagaan Meru Impian Meru Raya Ipoh, Perak
Waktu operasi : 1 petang-12 pagi (isnin-ahad), 3 petang-12 pagi (jumaat)
No tel : 018-954 5170





Kredit gambar : Facebook Cotton Craft

Nefa Station

Kafe yang menyajikan menu barat dan tempatan. Menu Ketam gergasi lobster nefa, Grill salmon with creamy crapers sauce, Mee goreng mamak, Nasi goreng ayam eropah antara menu yang menjadi kesukaan ramai. Kafe ni sangat santai dan selesa untuk seisi keluarga.

Lokasi : No 1 Jalan Meru Bestari A7, Medan Meru Ipoh
Waktu operasi : 7 pagi-1 petang (tutup rabu)







Kredit gambar : Facebook Nefa Station

Gerek Bistro Cafe

Nak tak rasa masakan melayu banjar? Set gulai lemak cili padi udang galah, ikan rebus, sambal belacan, timun, nasi empat banjar menanti di sini. Selain tu ada jugak shellout dan masakan ala barat. Kafe ni jugak dihiasi dengan barangan antik yang ada sejarahnya sendiri tau.

Lokasi : No.9, Jalan meru bestari A3, Medan meru bestari, Aman Jaya 30020 Ipoh, Perak
Waktu operasi : 5.30 petang-12 pagi (tutup rabu)
No tel : 05-525 1930







Kredit gambar : Facebook Gerek Bistro Cafe

Ciku ciku

Siapa yang suka menu masakan thailand boleh datang kafe ni. Tomyam pok tek, ayam selasih, siakap stim tomyam dan cendawan goreng antara menu yang ada kat sini tau. Hiasan dalaman berkonsepkan hipster moden. Cawangan utama kafe ni ada di chemor.

Lokasi : Jalan Jelapang Meru
Waktu operasi : 5 petang-12.30 pagi (tutup selasa)







Kredit gambar : Facebook Ciku Ciku

Cottage 75

Kat sini ada menu popular dari perancis iaitu Grilled fillet of seaboss. Ada jugak Smoke duck salad dan Irish char crilled sirloin steak. Selain tu menu tempatan seperti mee rebus, nasi goreng kerabu pun ada. Kafe ni berkonsepkan english style dan mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri.

Lokasi : No 76 Jalan Meru Impian A1, Pusat Perniagaan Meru Impian Ipoh, Perak
Waktu operasi : 5 petang-12 pagi (tutup selasa)
No tel : 011-2635 8305







Kredit gambar : Facebook Cottage75cafe

Yang berada di meru boleh cuba makan kat sini ye.

0 comment... add one now