6 Bahan Semulajadi Untuk Melembapkan Wajah

6 Bahan Semulajadi Untuk Melembapkan Wajah

Seperti yang kita tahu dengan menggunakan aloevera, santan, madu dan campuran yogurt bersama susu dapat melembapkan wajah secara semulajadi. Selain tu kami nak share 6 lagi bahan semulajadi yang korang boleh gunakan sebagai pelembap.

Minyak zaitun



Minyak zaitun ni memang dari zaman dulu pun dah di amalkan penggunaannya. Ia dapat menghaluskan kulit, menjadikan kulit lembut dan nampak lebih muda. Caranya sapu minyak zaitun pada muka dan biarkan beberapa saat. Bilas dengan air dan gunakan pencuci muka seperti biasa.

Sengkuang


Jangan ingat sengkuang hanya untuk dimakan tau. Sengkuang dapat mencerahkan dan melembapkan kulit muka. Kulit akan nampak bersinar dan bermaya. Caranya parut atau kisar sengkuang, buat sebagai masker. Sapu pada muka dan biarkan selama 15 - 30 minit. Bilas dengan air sehingga bersih.

Teh hijau


Teh hijau dapat melembapkan, membuang sel kulit mati dan membuat kulit rasa rileks dan segar. Caranya uncang teh hijau dah digunakan tu jangan buang. Gunakan hampas teh tu untuk dijadikan masker. Biarkan sehingga kering dan bilas.

Minyak badam


Minyak ni dapat melembapkan kulit yang kering, kandungannya berfungsi sebagai pelindung matahari yang menyebabkan kerosakan kulit. Dengan bermacam jenis mekap yang kita gunakan, minyak ni dapat melindungi kulit dari sebarang jangkitan yang terdapat dalam bahan mekap.

Avokado


Avokado juga boleh melembapkan kulit. Ia perlu dikisar dan dicampur dengan yogurt, susu, madu atau pun minyak zaitun. Cukup sekadar 30 minit sehari setiap hari, korang akan nampak hasilnya.

Keju


Dapat kek coklat keju pun sedapkan. Hehee keju ni diparut, campurkan dengan susu segar. Gaul sebati ye dan sapukan pada muka. Biarkan kering dan cuci.

Senangkan nak lembapkan kulit muka. Yang penting rajin.

0 comment... add one now