Apa Itu Keganasan Rumahtangga?

Apa Itu Keganasan Rumahtangga?

Keganasan rumahtangga adalah suatu bentuk kekejaman dalam rumahtangga. Ia berlaku apabila terdapat kecederaan fizikal, didera secara seksual, meletakkan si mangsa sentiasa dalam ketakutan, kesedihan dan kebebasan mangsa disekat.


Siapakah mangsa keganasan rumahtangga?

-Isteri/bekas isteri
-Suami/bekas suami
-Anak-anak
-Ibu bapa
-Ahli keluarga yang tinggal serumah
-Pembantu rumah

Jenis-jenis keganasan rumahtangga

-Penderaan fizikal
-Penderaan emosi
-Penderaan mental
-Penderaan seksual
-Penderaan spiritual

Punca keganasan rumahtangga

-Mangsa kurang kesedaran tentang hak-hak mereka alam aspek agama dan undang-undang
-Takut kehilangan tempat bergantung
-Malu mengadu tentang kepincangan keluarga sendiri
-Memikirkan kepentingan anak-anak
-Termakan pujuk rayu dan janji manis pasangan
-Takut dengan ugutan pasangan

Apa yang perlu dilakukan jika anda adalah mangsa?

Pada tahap yang tidak serius
-Kenalpasti punca berlakunya keganasan rumahtangga
-Berbincang secara baik dengan pasangan
-Dapatkan bantuan khidmat kaunseling (JKM, PPWN, Tribunal perkahwinan)

Pada tahap yang serius
-Laporkan pada pihak polis
-Dapatkan rawatan doktor jika berlaku kecederaan
-Dapatkan khidmat nasihat untuk menentukan status perkahwinan

Mengapa keganasan rumahtangga perlu dibendung

-Mengurangkan masalah jenayah
-Menjaga hak asasi manusia terutama wanita dan kanak-kanak
-Mengurangkan tekanan fizikal, mental dan spiritual
-Memberi kesan buruk pada perkembangan kanak-kanak
-Keruntuhan institusi keluarga

0 comment... add one now