Bercuti Ke Pulau Manukan, Sabah

Bercuti Ke Pulau Manukan, Sabah

Macam best je kan Pulau Manukan ni, pantainya nampak cantik dan bersih. Pantai kat Malaysia memang kebanyakannya cantik dan mendamaikan. Ada yang dah pernah pergi bercuti kat sini? Bolehlah share apa yang best kat pulau ni. Bagi yang belum jom kita risik-risik dulu, suaikenal dengan Pulau Manukan ni.




Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Negara Tunku Abdul Rahman, taman negara marin pertama di Malaysia. Ia terletak di Timur Sabah, hanya di luar pantai Kota Kinabalu dan dengan menggunakan bot je dalam 15 minit dah boleh sampai. Dengan lebih 200,000 lawatan setiap tahun, Manukan adalah pulau yang paling kerap dikunjungi oleh pelancong domestik dan antarabangsa.



Sebab lain yang menyebabkan Pulau Manukan ni jadi tumpuan antaranya adalah kerana ia mempunyai pantai pasir putih yang panjang. Pantai ni terletak lebih kurang 1,500 Meter di sebelah selatan pulau dan menghadap ke teluk laut yang jernih dan tenang. Disebabkan airnya tenang jadi sesuai lah untuk berenang dan membawa anak-anak bermain air. Everything depan mata tau, so senang nak pantau. Walaupun kat sini beratus-ratus pelawat setiap hari, tapi jangan risau ruang ada je untuk korang yang bercuti kat sini. Tak perlu berebut pantai okay.



Selain tu, dekat sini banyak kemudahan yang ada dari tandas, bilik mandi, restoran, aktiviti sukan air, kedai cenderamata dan juga tempat penginapan. Korang boleh jugak datang sini tanpa bawak apa-apa means everything nak beli kat sini macam sunblock ke baju renang ke tapi ingat ye, kat sini takde yang murah. So kalau agak nak berjimat boleh bawak siap-siap dari rumah. Kat tepi pantai ni pun ada pokok-pokok yang teduh, so kalau rasa lepas berenang tu nak berehat dan mengelakkan daripada matahari jangan risau. Lepak je bawah pokok sambil nikmati udara segar. Lifeguard pun ada tau, so tak perlu risau keselamatan korang, diorang ni semua banyak pengalaman handle masalah kat sini. Kot la kena sengat dengan obor-obor ke lifeguard ni akan beri bantuan.



Kat Manukan ni jugak korang boleh snorkeling. Terumbu karangnya cantik dan beribu jenis ikan korang boleh tengok, memang best kan. Walaupun belum pernah pergi tapi dah boleh bayang dah mesti cantik kan Manukan ni.

Hai Nemo

Kat tempat percutian macam ni mestilah banyak aktiviti menarik yang korang boleh cuba. Yang penting enjoy dan manfaat kan cuti sebaik mungkin okay.

0 comment... add one now