Cappadocia Turki

Cappadocia Turki

Sebut je Cappadocia terus terbayang belon panas, langit yang cantik, suasana yang nyaman. Belum pergi pun dah rasa seronok. Siapa pernah tengok filem Manisnya Cinta di Cappadocia? Bagi yang sukakan cerita cinta dan keluarga mesti dah tengok cerita ni. Sepanjang diorang dekat Cappodocia tu Ya Allah cantik sangat view kat situ. Sampai rasa teringinnya nak pergi. Excited! Mana tahu suatu hari ada rezeki kan. Jom kenal dulu Cappadocia ni.








Kredit gambar : http://www.cappadociaturkey.net/photos.htm

Cappadocia adalah suatu tempat yang unik dan satu ciptaan Allah yang cantik dan mengagumkan. Ia diliputi oleh wilayah Aksaray, Nevsehir, Nigde, Kayseri dan Kirsehir di rantau Central Anatolian.

Dalam tempoh prasejarah, permukiman pertama manusia telah bermula dan manusia telah membina bandar-bandar bawah tanah di batu-batu gunung berapi dalam bentuk tufa kerana melindungi diri mereka dari binatang liar dan mereka hidup untuk masa yang lama di bandar-bandar bawah tanah ini.

Terdapat banyak bandar bawah tanah di kawasan Cappadocia di Turki tetapi yang terbesar adalah Bandar Bawah Tanah Derinkuyu. Di bandar-bandar ini dibuat dalam bentuk bilik-bilik yang bersambung dengan satu sama lain beberapa bilik disambungkan kepada satu sama lain hanya dengan terowong yang kecil dan hanya seorang sahaja yang oleh melaluinya. Di pintu masuk terowong ini terdapat penggelek batu besar yang digunakan untuk menutup terowong untuk alasan keselamatan.

Untuk ke cappadocia dari Istanbul, korang boleh pergi melalui bas, kapal terbang, kereta api atau kereta persendirian. Cappadocia ni bukan nama bandar ye. Ia adalah gabungan beberapa wilayah yang mana kawasannya adalah sejauh 730 km dari Istanbul. Terdapat dua lapangan terbang di kawasan cappadocia, salah satunya adalah Lapangan Terbang Kapadokya yang terletak di bandar Nevsehir, yang lain adalah lapangan terbang Kayseri. Syarikat penerbangan Turki mempunyai destinasi Cappadocia setiap hari. Kalau korang nak naik bas, sini banyak syarikat bas yang boleh korang naik. Nak senang emel je segala butiran pada syarikat pelancongan yang terlibat, semuanya akan diatur termasuklah hotel dan pengangkutan.

Sesiapa pun memang teringin nak terbang macam burung, rasa bebas dan boleh nikmati suasana dari atas. So bila datang sini jangan lupa join aktiviti menaiki belon panas. Macam-macam jenis pemandangan yang korang boleh tengok dari udara.

Aktiviti belon panas ni bermula setiap hari pada waktu matahari terbit dan mengambil masa selama hampir sejam. Tapi kalau korang ambil pakej Deluxe lama sikit la korang boleh naik belon tu dalam sejam setengah camtu. Lepas tour korang boleh ambil sijil penerbangan sendiri tau so pakai lah baju dan kasut yang sesuai dan selesa. Bayaran untuk naik belon panas ni antara yang terendah jugak lah berbanding tempat lain di luar negara. Kalau melalui agen pastikan kat mana diorang bermula, sebab kadang diorang mula dari tempat pemandangan yang kurang menarik. Jangan lupa bawa kamera pulak, boleh abadikan kenangan tu dalam bentuk gambar. Rugi wooo kalau takde kenangan atas belon ni. Heee

Kebiasaannya kalau nak memandu sendiri di Cappadocia korang still perlukan tour guide sebab Cappadocia ni sangat besar. Selalunya memandu sendiri lagi banyak modal berbanding korang ambil pakej pelancongan. Pakej ni termasuklah lawatan, Cave rooms, dinner dan beberapa aktiviti lain.

Banyak lagi aktiviti menarik kat sini yang korang boleh cuba. Yang penting seronok dan bawak balik kenangan manis banyak-banyak tau. Lepas ni boleh lah tulis diari Manisnya bercuti di Cappadocia!

0 comment... add one now