Cara Berfesyen Untuk Nampak Hipster

Cara Berfesyen Untuk Nampak Hipster

Siapa suka berpakaian atau berfesyen ala-ala hipster? Kadang jalan-jalan dekat mall nampak orang pakai unik sikit mesti terdetik, eh hipsternya dia. Tapi nak describe tu macam mana kan. Jom tengok fesyen ala hipster ni macam mana sebenarnya.



Pakaian
Selalunya orang yang hipster ni ada favourite brand pakaian diorang sendiri. Tambahan pulak brand yang ada ni memang kebanyakannya mempunyai design baju yang unik dan style. Contohnya macam butik H&M takpun Uniqlo, serius semua baju style sangat.

Seluar
Perasan tak kebanyakan orang yang hipster ni selalunya pakai seluar skinny jeans. Tak kira lelaki atau perempuan tetapi mostly lelaki lah. Kalau perempuan ada jugak yang suka legging, palazo takpun jegging.

Kaca mata
Nak hipster selalunya kena pakai spek mata. Okay tak wajib pun sebenarnya cuma kebanyakannya akan pilih spek yang ala-ala ranggi, bulat dan besar. Ia lebih kepada gaya la kiranya.

Corak baju yang tertentu
Kebanyakannya akan menggunakan baju yang bercorak vintage ataupun kotak-kotak. Ada jugak yang suka dengan design karakter kartun atau ungkapan ironi. Mengenakan jaket hoodie pun salah satu fesyen hipster tau.

Kasut
Ada yang suka pakai converse ataupun kasut yang lebih kepada vintage. Bagi perempuan ada yang suka mengenakan sandal atau boots. Apapun terpulang pada keselesaan korang.

Aksesori
Dah namanya hipster mestilah aksesori pun hipster kan. Selalunya diorang akan menggunakan sling bag yang comel dengan gambar kartun atau pun lebih simple gunakan tote beg. Bagi perempuan jugak akan mengenakan rantai yang panjang nampak comel sebagai tambahan aksesori.

Hipster ni tak memerlukan pakaian yang matching dari atas sampai bawah. Ia lebih kepada, eh suka aku lah nak pakai baju lain seluar warna lain pun. Nak hipster kena berani sikit berfesyen okay.

0 comment... add one now