Cara - Cara Membuat Ikan Tenggiri Jeruk

Cara - cara membuat Ikan Tenggiri Jeruk. Mesti di sini ramai yang suka makan ikan tenggiri jeruk kan?. Sekiranya dibeli di kedai atau hypermarket mungkin agak mahal sedikit harganya. Oleh itu kami ingin kongsikan kepada anda semua cara - cara membuat ikan tenggiri jeruk.

Cara - cara membuat ikan tenggiri jeruk ini adalah hasil perkongsian Puan Mahana Anzel Muadi facebook Masak Apa Hari ini. berikut adalah cara - cara membuat ikan tenggiri jeruk.


1. Bersihkan ikan, kemudian lapkan menguna tisu. Selepas itu jemur lebih kurang 4 jam


Selepas dijemur lumurkan ikan tenggiri tersebut dengan garam. Puan Mahana Anzel Muadi mengunakan garam halus, menurut beliau sekiranya menggunakan garam kasar ianya lagi bagus.

Menurut beliau lagi, jika membuat seekor jangan potong - potong dahulu,jemur seekor-seekor lepas tu waktu jemur masukan garam dalam perut - perut ikan tersebut.


Selepas dilumur masukan ikan tenggiri di dalam bekas kemudian rendamkan dengan minyak masak.


Gambar di atas adalah contoh ikan tenggiri yang telah siapa direndamkan dengan minyak masak.


Setelah selesai rendamkan dengan minya, ikan tenggirim tersebut perlu disimpan lama - lama sikit. Sekiranya disimpan lagi lama rasanya lagi sedap. Apabila siap goreng dengan cili padi bawang dan perah limau.

Selamat Mencuba.

Kredit resepi dan gambar kepada Mahana Anzel Mua‎ - Masak Apa Hari Ni (MAHN)

0 comment... add one now