Cara-cara Mengundi yang Perlu Anda Tahu

Cara-cara Mengundi yang Perlu Anda Tahu

Di sini kami berikan panduan cara-cara mengundi. Semoga bermanfaat.



1.Pengundi boleh terus pergi ke Saluran sekiranya telah membuat semakan lebih awal (semakan atas talian)

2.Masuk ke tempat mengundi (Saluran) apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal

3.Serahkan mykad/dokumen pengenalan diri dan slip saluran kepada kerani pengundian pertama. Tunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa

4.Bergerak ke hadapan kerani pengundian kedua, celupkan jari telunjuk kiri ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya. Pada masa yan sama nama anda akan diteriakkan oleh kerani pengundian pertama.

5.Dapatkan kertas undi daripada kerani pengundian ketiga.

6.Dipetak undi pastikan anda menandakan ‘X’ pada ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon dalam kertas undi dengan menggunakan pen. Pilih SATU CALON sahaja.

7.Masukkan kertas undi yang TELAH DITANDA ke dalam peti undi

8.Setelah selesai segera keluar dari tempat mengundi (saluran)

Anda boleh daftar sebagai pemilih sekiranya

Warganegara malaysia
Berumur 21 dan keatas
Bermastautin dimana-mana bahagian pilihan raya mengikut alamat kad pengenalan
Tidak hilang kelayakan sebagai pemilih di dalam undang-undang

Semak daftar pemilih

Semak di www.spr.gov.my
SMS ke 15888
Pejabat-pejabat pilihan raya negeri
Kaunter statik di ibu pejabat SPR putrajaya
Kaunter bergerak SPR seperti program Outreach dan Caravan
Talian SPR 03-88927000

0 comment... add one now