Cara-cara Untuk Move On

Cara-cara Untuk Move On

Bagi yang susah untuk move on, bersabar dan cubalah apa-apa cara pun yang dapat membantu korang untuk melangkah. Ya move on bukan mudah untuk hati yang penuh rasa sayang dan sukar untuk melupakan. Tapi yang penting, cuba ya. Walaupun langkah masih goyang. Kena kuat!



Masa untuk diri sendiri
Tak kisah lelaki atau perempuan bila putus cinta ambillah masa untuk diri sendiri. Jangan terlalu memaksa diri untuk melupakan dalam masa yang singkat. Masa untuk diri sendiri ni penting supaya korang boleh berfikir dengan sebaiknya.

Sibukkan diri
Penuhkan jadual seharian dengan aktiviti yang seronok. Bila sibuk, kita akan kurang mengingati apa yang dah berlaku. Keep walking okey!

Asingkan barang kenangan
Masa bercinta mesti banyak barang yang kita simpan. Ambil dan asingkan dalam satu kotak. Simpan jauh-jauh supaya korang lain kali korang tak nampak dah. Kalau hati kuat, nak bakar pun boleh. Asalkan tak nampak dah barang-barang kenangan tu.

Cari kawan
Bukan maksudnya cari pasangan baru, cuba luaskan pergaulan dengan cari kawan-kawan baru. Kawan yang boleh spend time dengan korang untuk aktiviti yang menyeronokkan. Mula-mula memang susah sikit, tapi takpe cuba ya.

Hargai orang sekeliling
Mungkin selama kita dengan si dia kita jarang meluangkan masa dengan keluarga dan saudara mara. Jadi ambil masa ni untuk berbual dan mengambil tahu hal mereka.

Hobi
Masa bercinta sibuk sangat sampai hobi sendiri pun dah lama tinggal. Ambil masa macam ni untuk lakukan hobi korang takpun create hobi baru.

Bantuan dan sokongan
Mengadu dengan orang terdekat atau pun ibu bapa. Kadang sokongan orang terdekat ni dapat buat kita rasa tenang dan selesa.

Buang rasa marah dan kecewa
Ya bila putus cinta boleh jadi puncanya dari kita atau dia. Apapun buang rasa negatif tu, jangan simpan dendam. Jangan buat perkara yang menyalahi agama. Banyakkan berdoa okay.

Menangislah
Menangis je kalau nak menangis. Takde siapa nak marah, jangan simpan perasaan sedih tu lama-lama. Luahkan je, menangis puas-puas supaya rasa lebih lega. Jangan pendam perasaan tu okay.

Ambillah masa sebanyak manapun
Ambil masa untuk betulkan balik hidup. Mulakan hidup baru, fikirkan diri sendiri dulu. Bahagiakan hati sendiri baru bahagiakan orang lain. Fokus pada diri sendiri dan capai impian. Takde dia pun korang boleh hidup tau.

Semoga tips ni dapat membantu walaupun sikit. Yang penting kena ingat, Allah lebih sayangkan kita. Percaya pada jalan yang Allah beri. Senyum ya.

0 comment... add one now