Cara Hilangkan Sakit Kepala

Cara Hilangkan Sakit Kepala

Sakit kepala ni memang kadangnya datang tanpa diundang. Memang nak buat kerja pun banyak kali pause sebab tak larat nak fokus kat satu benda je. Jom cuba antara cara yang ada kat bawah ni. Ni ikhtiar je tau, effectnya mungkin berbeza pada setiap orang.



Ais
Okay ni cara yang paling cik Nurul suka. Letak ais kat kepala. Kalau ada pek ais lagi senang. Letak je kat kepala atau leher so bahagian tu akan rasa kebas. Buatlah seberapa lama pun sampai korang rasa sakit tu berkurang. Kalau takde pek ais, ketuk kiub ais yang besar tu balut dengan kain pun boleh.

Limau kasturi
Yang ni petua orang dulu-dulu. Perahkan air limau kasturi tu atas kepala dan ramaskan rambut dan picit kepala. Kulitnya tadi rendam dalam air bersih dan jirus pada kepala dan badan.

Minyak panas
Ada orang suka guna minyak kan. Urutkan kepala dengan minyak panas beberapa minit. Kalau korang memang suka guna minyak so go ahead, yang mana tak suka boleh guna cara lain.

Epal
Kalau bangun pagi dah rasa sakit kepala cuba makan epal hijau yang ditabur dengan garam. Lepas tu minum air masak okay supaya perjalanan darah dalam badan lancar.

Rendam kaki
Sediakan satu besen atau bekas untuk rendam kan kaki. Gunakan air suam ye supaya pengaliran darah lebih terarah kepada bahagian bawah badan. Sakit kepala pun akan berkurangan.

Sakit kepala ni banyak punca. Jadi cuba lah mana-mana cara yang sesuai dengan korang. Okay? Selamat mencuba.

0 comment... add one now