Cara Meluruskan Rambut secara Semulajadi

Cara Meluruskan Rambut secara Semulajadi

Ramai antara kita yang mempunyai rambut lurus sejak lahir lagi. Bagi yang mempunyai rambut beralun dan teringin sangat nak rambut lurus jangan putus asa tau. Jom tengok tips macam mana nak luruskan rambut selain guna teknik rebonding.

Susu segar



Ambil segelas susu segar, campurkan dengan setengah gelas air kosong. Kacau sebati, sapukan pada kepala. Nak senang masukkan dalam botol spray dan spray terus rambut. Fokuskan pada akar rambut dan kulit kepala okay. Biarkan selama 1 jam dan sikat rambut menggunakan sikat yang bergigi jarang. Bilas rambut dengan air dan keringkan. Amalkan sekurangnya 1 kali seminggu.

Santan kelapa 


Campurkan 1 cawan santan dengan perahan jus 1 biji lemon. Sejukkan dalam peti dan biar sehingga ada 1 lapis krim dibahagian atasnya. Gunakan krim tu dan sapu pda ulit kepala dan rambut. Biarkan selama 20 minit. Kemudian bungkus rambut dengan shower cap dan lilitkan dengan tuala lembap. Biarkan 30 minit dan bilas. Sika rambut sementara masih basah. Rambut juga akan nampak lembap dan berkilat.

Telur dan tepung beras


Pecahkan sebiji telur ambil putihnya sahaja tau. Then campurkan dengan 5 sudu makan tepung beras. Ni anggaran ye, sambil bancuh tu tengok kalau dah jadi paste, stop masukkan tepung. Okay bancuhan pun dah cantik sebati, sapukan pada kulit kepala dan rambut. Ratakan dan sikat guna sikat bergigi jarang. Biarkan 1 jam dan bilas, nak pakai syampu pun boleh. Amalkan 1 kali seminggu. Orang cakap cara ni lebih berkesan, korang boleh cuba.

Buah nenas

Aih sedap pulak buah nenas makan dengan kuah rojak kan. Okay okay caranya parut atau kisar buah nenas, sapu pada kulit kepala dan rambut dengan sekata. Biarkan selama 10 minit dan bilas atau syampu. Amalkan 3 kali seminggu untuk kesan yang optimum.

Aloe vera

Aloe vera ni bagus untuk pertumbuhan rambut. Caranya campurkan setengah cawan gel aloevera dengan sedikit minyak zaitun yang suam. Sapukan pada kulit kepala dan rambut, usap perlahan-lahan. Bungkus rambut dengan shower cap selama 2 jam. Kemudian bilas dan syampu.

Mudah kan, guna bahan yang murah dan senang untuk dicari. Selamat mencuba.

0 comment... add one now