Cara Mencerahkan Bibir yang Kusam

Cara Mencerahkan Bibir yang Kusam

Ramai wanita yang inginkan bibir menarik dan cantik. Bukan sekadar tepek gincu tanpa mengambil berat kesihatan bibir. Ada tak yang mengalami masalah bibir kusam? Jom tengok cara yang mudah untuk korang amalkan.

Pemilihan lipstik yang betul


Tahu tak, kalau salah pilih lipstik pun akan menyebabkan bibir nampak kusam. Mungkin bahan yang terkandung dalam lipstik tu tak sesuai dengan kulit bibir dan boleh menyebabkan iritasi. Jadi sebelum pilih lipstik, tengok ingredient dulu okay. Jangan terus pilih pada warna yang korang suka walaupun bahannya tak sesuai.

Lipstik yang melepasi tarikh luput


Sebelum pilih lipstik pastikan tarikh luput tu lambat lagi. Kalau tak nanti korang tak perasan dan still guna walaupun dah luput tarikhnya. Lipstik yang dah expired akan bagi effect yang tak baik pada kesihatan bibir.

Gunakan madu


Madu ni selain baik untuk rambut, baik jugak untuk bibir. Sapukan sedikit madu pada bibir dan kemam sekejap. Biarkan selama 15 minit dan basuh. Ia dapat mencerahkan bibir yang gelap dan kusam tau.

Jus lemon


Perahkan sedikit jus lemon, oleskan pada bibir. Selain tu korang boleh campur dengan minyak badam. Sapukan pada bibir setiap hari. Nanti bibir akan jadi pink comel gitu.

Santan kelapa


Bukan saja baik untuk rambut, santan jugak korang boleh guna untuk sapukan pada bibir. Sapu dan biarkan beberapa saat dan bilas. Amalkan selalu so nanti bibir korang jadi lembut je.

So semua orang pun boleh dapat bibir yang cantik dan menawan. Tak kira lelaki dan perempuan tau.

Selamat mencuba.

0 comment... add one now