Cara Meningkatkan Keyakinan Diri

Cara Meningkatkan Keyakinan Diri

Kadang keyakinan diri boleh menurun bila kita nampak orang lain banyak sangat kelebihan berbanding kita. Tak kisahlah orang yang kita nampak tu lebih berjaya ataupun lebih nampak cantik dan bergaya. So jangan down, setiap dari kita ada kelebihan tau, apa yang orang lebih mungkin kita kurang. Apa yang orang kurang mungkin kita lebih. Allah Maha Adil, semua orang ada kelebihan sendiri tau.




Perhatikan penampilan diri
Penampilan diri ni penting tau untuk tambah keyakinan. Penampilan ni melibatkan baju, kebersihan diri dan kekemasan. Tak perlu baju yang mahal pun, cukup sekadar nampak kemas dan kebersihan diri terjaga. Contohnya macam kuku potong ke tidak, baju nampak kemas ataupun berkedut-kedut. Semua ni main peranan untuk tambah keyakinan diri dalam sesuatu majlis.

Berbual dan berkongsi dengan orang terdekat
Tak salah berkongsi masalah dengan orang sekeliling tapi pastikan dengan orang yang dipercayai tau. Luahkan tentang kurangnya keyakinan diri, mungkin mereka ada pandangan dan solusi lain yang korang boleh gunakan.

Belajar dari kesalahan
Mungkin juga ada yang kurang keyakinan diri disebabkan kesalahan yang pernah dilakukan. Takpe, bangun perlahan-lahan. Belajar dari kesilapan dan ambil pengajaran yang baik dari kesalahan tu. Semua orang buat silap, bukan kita sorang. Okay?

Bersyukur dengan apa yang ada
Tak kisah lah dari segi kebendaan atau tentang diri sendiri. Bersyukur,tak salah nak ada macam orang lain ada. Boleh usaha, tetapkan matlamat dan cuba capai matlamat tu. Bila orang lain ada apa yang kita takde jangan rasa hilang keyakinan dan jangan juga iri hati. Cuba dapatkan apa yang kita nak.

Tolong orang lain
Percaya tak bila kita bantu orang, semangat dan keyakinan kita juga akan naik? Setiap ucapan terima kasih dari orang lain sedikit sebanyak akan menambah keyakinan diri kita. Bantuan yang kita beri tak semestinya dari segi kewangan atau kebendaan. Bila kita bersedia untuk mendengar dan beri pendapat pun dah cukup membantu orang yang memerlukan tau.

Jadi cuba boost keyakinan diri masing-masing ye, jangan down. Ramai lagi yang kurang dari kita dan kita perlu bersyukur.

0 comment... add one now