Cara Menjaga Kuku Dengan Cara Mudah

Cara Menjaga Kuku Dengan Cara Mudah

Terutamanya bagi perempuan, kuku yang cantik sememangnya diidamkan. Tapi takkan setiap minggu nak manjakan kuku di salon kan. Apa kata kita gunakan bahan semulajadi. Murah dan senang untuk dapat.

Lemon



Vitamin c yang ada pada lemon akan menjadikan kuku lebih berkilat dan sihat. Hiriskan lemon dan gosok pada kuku selama 5-10 minit. Bilas dengan air bersih lap hingga kering.

Baking powder



Baking powder bukan hanya digunakan untuk membuat kek ye, untuk kuku pun sangat membantu. Campurkan dengan air panas di dalam satu bekas. Rendam kan ari ke dalam bekas tadi selama 10-15 minit. Cara ini dapat menjadikan kukul lebih putih dan cantik.

Bawang putih



Bawang putih akan menjadikan kuku lebih kuat dan tidak mudah patah. Caranya potong sedikit bawang putih dihujungnya, gosok pada kuku. Kuku akan lebih bersih tau.

Belimbing buluh



Belah belimbing buluh ni dan gosok pada kuku. Kandungan asam di dalamnya akan membersihkan kuku kita. Biarkan kering dan bilas. Lap dengan kain dan tadaa kuku pun cantik je berkilat.

Kulit tembikai



Tembikai yang korang makan tu jangan buang kulitnya. Kulit bahagian dalam tu gosok pada kuku dan biarkan kering. Kemudian basuh dan lap. Kuku pun cantik dan bersih tau.

Garam



Garam dapat membersihkan dan membunuh kuman pada kuku. Campurkan garam di dalam satu bekas air panas. Rendam selama 15-20 minit. Kemudian bilas dan keringkan.

Vaseline



Kandungan petroleum jelly di dalam vaseline dapat melembapkan kuku. Caranya gunakan cotton bud dan gosok pada kuku. Amalkan 2 kali seminggu untuk kesan maksimum.

Walau apapun cara yang korang guna, yang penting konsisten. Kalau malas memang apa pun susah nak berhasil, betul tak. Selamat mencuba.

0 comment... add one now