Cara Mudah Mengumpul Duit

Cara Mudah Mengumpul Duit

Siapa ada masalah untuk kumpul duit boleh cuba cara ni. Kadang bukan sebab memang takde duit tapi tengok itu ini mesti nak beli. Tak sampai hujung bulan duit dah habis kan. So jom ikuti tips mudah.



Membership
Korang pergi lah mana-mana kedai yang selalunya offer membership kad. Membership ni selalunya akan ada diskaun ataupun point. Explore kedai yang korang minat sangat barang-barang dia dan request for membership kad. So jimat duit korang kat situ.

Bawak bekal
Nak pergi sekolah atau kerja, apa kata bawa bekal. Jangan ikut kawan, dia makan tempat mahal korang pun nak. Bawak bekal ni memang banyak dapat jimat duit tau.

Pengangkutan awam
Sebaiknya naiklah pengangkutan awam, murah dan cepat jugak sampai. Tak perlu isi minyak dan bayar tol. Kadang bawak transport sendiri ni korang memang kena kental sikit rempuh jem.

Prelove
Okay mana barang yang korang tak pakai atau dah tak nak guna, jual semula sebagai preloved. Tapi make sure pakaian atau barang tu boleh pakai lagi, jangan dah lubang sana sini korang nak jual jugak. Hasil jualan barang prelove ni duitnya simpan.

Jimat elektrik
Kalau nak keluar atau dah tak gunakan lampu atau kipas, switch off jelah. Jangan membazir, kalau korang guna lebih kena bayar pun lebih tau so berjimat eh.

Rajinkan diri baca online berita atau info
Sekarang ni semua dihujung jari kan. Baca je berita atau apa-apa gosip yang korang nak baca tu secara online. Tak perlu nak beli surat khabar atau majalah. Nanti korang longgok jugak majalah tu kan. Melainkan korang jual balik untuk recycle.

Ni antara cara yang mudah, ikut kesesuaian dan masa korang. Yang penting ada kesungguhan tau.

0 comment... add one now