Dato Siti Nurhaliza Hamil 4 Bulan - Tahniah!

Dato Siti Nurhaliza Hamil 4 Bulan - Tahniah!

Pada 13 Oktober 2017, Dato Siti Nurhaliza membuat kenyataan rasmi pada sidang media mengenai status kehamilannya. Sememangnya inilah saat yang ditunggu-tunggu bagi pasangan Dato Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.





Di laman sosial facebook, rata-rata semua peminat mengucapkan tahniah dan syukur. Penantian selama 11 tahun akhirnya membuahkan satu kegembiraan buat semua. Kini tiada lagi teka teki mengenai status kehamilan beliau. Antara petikan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau pada sidang media tersebut adalah,

"PERTAMANYA, SETELAH MELALUI FASA DAN TEMPOH TERTENTU, SAYA DAN SUAMI MENCAPAI KATA SEPAKAT UNTUK MENGUMUMKAN KEPADA ANDA SEMUA BAHAWA SAYA SEDANG HAMIL EMPAT BULAN.
ALHAMDULILLAH, TIADA KATA YANG DAPAT MENGGAMBARKAN RASA SYUKUR DAN GEMBIRANYA KERANA ALLAH MEMBERIKAN KURNIAAN YANG TERLALU AGUNG INI SELEPAS 11 TAHUN KAMI BERSABAR. INILAH JUGA MENJADI SEBAB UTAMA KENAPA SAYA MEMILIH UNTUK BEREHAT KERANA KANDUNGAN DAN BAYI INI MENJADI KEUTAMAAN SAYA.

2.TUJUAN SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN DAN PENJELASAN INI JUGA ADALAH SUPAYA PIHAK YANG BERURUSAN DENGAN PENGURUSAN SAYA, SNP MEMAHAMI KEADAAN SAYA YANG TIDAK DAPAT MEMENUHI SEBARANG UNDANGAN SEJAK BEBERAPA BULAN LALU DAN JUGA UNTUK SUATU TEMPOH PADA MASA DEPAN. SUKA UNTUK SAYA KONGSI RASA SYUKUR DAN GEMBIRA KERANA SAYA MASIH DIBERI MENERIMA UNDANGAN UNTUK MENGADAKAN KONSERT, PERSEMBAHAN, KEMUNCULAN DI TELEVISYEN DAN RADIO SERTA MENJADI JURUCAKAP KEPADA PELBAGAI PRODUK. SAYANG SEKALI, KEBANYAKANNYA TIDAK DAPAT SAYA PENUHI. BAGAIMANAPUN, SAYA JUGA HARUS MELUNASKAN BEBERAPA TUGASAN JUGA SELEPAS INI YANG BERSESUAIAN DENGAN KEADAAN SAYA.

3. SEMOGA DENGAN PENJELASAN SAYA INI, SEGALA TANDA TANYA DAN DESAS DESUS SELAMA INI, TELAH TERJAWAB KERANA SAYA MEMUTUSKAN UNTUK BEREHAT DISEBABKAN OLEH KEHAMILAN SULUNG INI"


Antara komen yang dipetik dari laman facebook Siti Nurhaliza,

‘ alhamdulilah dato siti nurhaliza.. moga lepas nie saya juga akan dapat berita gembira mcm dato.. 11 tahun sama tahun dng perkahwinan saya.. moga dato siti selamat melahirkan baby yg comel dan sentiasa berada di dalam lindungan allah s.w.t’ - Ally Azli

‘ Alhamdulillah dato siti... syukur..semoga diberi keselesaan...kesempurnaan serta keselamatan selamanya..ameen’ - Wan Mokhsen


‘ alhamdulillah.. so happy to hear the news.. moga dua2 selamat n dipermudahkan.. tahniah dato ct.. u always my favorite singer..’ - Sara Fazillah Sidek


‘ Alhamdulillah tahniah datuk siti.... Akhirnya penantian datuk selama ini Allah sudah makbulkan... Saya sebagai peminat datuk sejak saya kecik sehingga umur saya 21...sangat happy untuk datuk... Semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik untuk datuk n baby... Semoga dipermudahkan segalanya... Amin…’ - Zalikha Othman


Alhamdulillah dan tahniah diucapkan pada Dato Siti Nurhaliza sekeluarga. Sememangnya beliau adalah satu figura yang sangat disayangi oleh peminat. Syukur dan tahniah sekali lagi!

Sumber facebook Siti Nurhaliza

0 comment... add one now