Filem Thor Ragnarok

Filem Thor Ragnarok

Siapa yang dah tengok cerita ni? Yang mana belum tengok mungkin boleh book tiket untuk hujung minggu ni. Bagi yang dah tengok bolehlah review sikit filem ni best ke tak, biasa-biasa ke atau luar biasa? Yang mana geng belum tengok tu jom baca sinopsis untuk filem Thor Ragnarok ni.



Thor dipenjarakan di sisi lain alam semesta tanpa tukulnya. Dia mendapati dirinya dalam perlumbaan melawan masa untuk kembali ke Asgard bagi menghentikan Ragnarok iaitu pemusnahan dunia dan akhir tamadun Asgard di tangan Hela yang kejam. Tetapi dia mesti bertahan dengan pertandingan gladiator yang membawanya melawan bekas rakan sekutu dan rakan Avenger nya, The Incredible Hulk. Filem ini merupakan filem fantasi dan fiksyen sains yang berdurasi selama 2 jam 10 minit.

Pengarah: Taika Waititi
Pelakon : Chris Hemsworth (Thor ), Tom Hiddleston (Loki), Cate Blanchett (Hela), Idris Elba, Jeff Goldblum, Tessa Thompson, Karl Urban, Mark Ruffalo (Hulk) dan Anthony Hopkins.
Siri filem: Thor
Belanjawan: 180 juta USD
Muzik yang disusun oleh: Mark Mothersbaugh

Official Trailer untuk Thor Ragnarok


0 comment... add one now