Jenis-jenis Beg Yang Perlu Anda Tahu

Jenis-jenis Beg Yang Perlu Anda Tahu

Okay siapa sini suka kumpul beg? Setiap orang mesti ada beg kegemaran dia kan. Korang tau ke jenis-jenis beg yang korang guna. Jom study sikit jenis-jenis beg.

Tote bag


Beg jenis ni selalunya berbentuk segi empat dan lebar. So sesuai untuk di bawa ke mana-mana dan macam-macam boleh diisi dalam tu. Selalunya ia digunakan untuk dibawa ke pejabat ataupun kolej.

Sling bag


Beg ni boleh dipakai dengan tali panjang atau pendek. Ia selalunya dipakai bersilang dan sebab tu dipangil sling bag. Beg jenis ni senang la nak pakai untuk aktiviti kasual.

Clutch


Beg ni selalunya kecil je. Tak banyak barang yang boleh diletak dalam tu. Kalau nak pergi majlis formal sesuai bawa clutch ni sebab korang akan nampak lagi elegant.

Bucket bag


Beg ni bentuk dia macam uncang. Takde zip tapi ada tali yang boleh diselaraskan. Beg jenis ni pun korang boleh letak macam-macam dalamnya sebab besar.

Hobo bag


Beg ni ada satu zip je dan talinya pendek. Lebih kurang macam tote bag tapi beg ni lagi nampak eksklusif.

So korang suka beg yang mana? Yang penting selesa dan sesuai dengan tempat tau. Jangan pergi dinner bawak beg sandang macam pergi sekolah pulak. Hehee

0 comment... add one now