Keganasan Terhadap Wanita, Kesan dan Langkah Pencegahan

Keganasan Terhadap Wanita, Kesan dan Langkah Pencegahan

Tahukah anda 1 daripada 3 orang wanita akan mengalami penderaan secara fizikal atau seksual daripada pasangan mereka.



Antara bentuk keganasan terhadap wanita adalah

- Perkahwinan dibawah umur dan secara paksaan.
- Pembunuhan atas nama kehormatan keluarga.
- Pemerdagangan manusia.
- Keganasan rumah tangga seperti penderaan fizikal emosi dan seksual.
- Keganasan seksual termasuk penderaan psikologi.
- Mencacatkan fizikal.

Keganasan terhadap wanita memberi kesan kepada seluruh ahli keluarga. Kanak-kanak yang terdedah terhadap keganasan rumahtangga cenderung untuk menjadi mangsa penderaan, tidak menerima rawatan kesihatan dan mengalami masalah kelakuan, emosi dan masalah persekolahan.

Sebagai remaja pula mereka cenderung untuk menyalahgunakan dadah, terlibat dalam ketagihan rokok dan alkohol serta melakukan seks bebas. Orang dewasa yang membesar dengan keganasan rumahtangga cenderung untuk melakukan perkara yang sama apabila berumahtangga.

Kesan terhadap kesihatan

- Kehamilan tidak diingini seterusnya risiko menggugurkan kandungan
- Kematian
- Kecederaan akibat penderaan fizikal
- Penyakit seksual berjangkit termasuk HIV
- Tekanan perasaan dan trauma
- Penyalahgunaan dadah, ketagihan terhadap rokok dan alkohol
- Kesan ekonomi akibat keganasan rumahtangga dan meliputi kos rawatan dan kesihatan, kos perundangan, kos berkaitan sosial dan kos akibat hilang keupayaan untuk bekerja.

Langkah pencegahan

- Kursus keibubapaan bagi menghalang penderaan terhadap kanak-kanak
- Kempen mensasarkan kaum lelaki termasuk remaja untuk mempromosikan keseimbangan peranan jantina
- Kempen mempromosikan keseimbangan peranan jantina melalui media, aktiviti kemasyarakatan, sekolah dan institusi keagamaan
- Undang-undang dan polisi yang melibatkan penyalahgunaan alkohol/dadah
- Undang-undang, polisi dan kempen berkaitan yang mempromosikan kepentingan akses wanita kepada pekerjaan dan pendidikan.

Jadi sama-samalah kita mengambil berat tentang satu sama lain. Kadangkala mangsa keganasan wanita ni lebih cenderung untuk berdiam diri. Kita sebagai masyarakat yang prihatin harus peka dengan masalah yang menimpa orang sekeliling kita.

0 comment... add one now