Kenali Apa Itu Lipmatte


Ada tak yang tak kenal lipmatte tu apa. Lipstik mesti korang tau kan, okay lipmatte adalah sejenis lipstik yang mempunyai tekstur yang lebih kering dan padat.  

Lipmatte lebih tahan lama setelah diaplikasi dan tidak memberi efek berkilau pada bibir. Lipmatte juga tak meninggal kan kesan kalau korang nak cium baby ke ape. Takkan tinggal trace bibir korang dekat pipi baby tu. Hehee.

Lipmatte juga tak perlu nak di touch up berulangkali sebab ia tahan lama dan sesetengah lipmatte memerlukan make up remover untuk ditanggalkan selain menggunakan tisu basah.



Jenis-jenis Lipmatte

Stik - bentuknya seperti lipstik biasa. Banyak brand yang mengeluarkan lipmatte berbentuk stik macam ni. Bagi yang dah biasa menggunakan lipstik jenis stik, korang boleh guna lip matte jenis ni.



Krayon - lebih kurang macam lipliner dan senang untuk digunakan. Bentuknya seperti pensil tetapi lebih tebal.



Liquid - dalam bentuk cecair tetapi akan kering bila dipakai. Jenis liquid ni perlu pakai berhati-hati takpun kalau tercomot, lap cepat-cepat sebelum kering.



So dah cukup kenal dengan lipmatte? Lipmatte senang je nak pakai, tak leceh nak tengok-tengok cermin sebab dia maintain je kat bibir.


0 comment... add one now