Kenali Jenis-jenis Eyeliner

Kenali Jenis-jenis Eyeliner

Korang tau tak eyeliner pun ada bermacam jenis. Jom kenali setiap jenis eyeliner ni.

Pencil eyeliner


Eyeliner jenis ni sesuai untuk korang yang baru nak berjinak memakai eyeliner. Pensil yang keras lebih tahan lama dan digunakan untuk membentuk garis yang nipis. Manakala pensil yang agak lembut dapat membentuk garis mata yang tebal. Sebelum guna asah atau raut pensil untuk lebih mudah digunakan.

Liquid eyeliner


Eyeliner berbentuk liquid selalunya menjadi pilihan ramai wanita. Eyeliner jenis ni dapat membentuk winged eye yang memberi kesan klasik dan glamor. Ia mempunyai warna yang lebih pekat dan tahan lama berbanding eyeliner pensil.

Gel eyeliner


Tekstur yang lebih kurang sama dengan liquid eyeliner cuma lebih pekat. Selalunya digunakan untuk membentuk cat eye. Ia lebih mudah digunakan, tahan lama dan cepat kering selepas dipakai.

Liquid pen eyeliner


Ia seperti liquid eyeline tetapi kemasannya seperti pensil. Bentuknya yang seperti pensil memudahkan untuk membentuk bermacam garis. Penggunaannya nampak lebih hidup dan tahan lama.

Cake eyeliner


Cara nak gunanya susah sikit tapi jenis ni banyak digunakan oleh make up artist yang professional. Tekstur nya lebih padat dan mempunyai banyak variasi warna. So macam-macam gaya yang boleh dibuat menggunakan eyeliner jenis ni.

Retractable eyeliner


Yang ni pun sesuai digunakan bagi yang baru bermula untuk menggunakan eyeliner. Bentuknya seperti pensil dan korang boleh putar je untuk pakai. Bahagian hujungnya tumpul dan hanya garis tertentu je boleh dibentuk.

So dah pilih yang korang suka?

0 comment... add one now