Kenali Jenis Kopi

Kenali Jenis Kopi

Siapa peminat kopi tapi tak tau pun jenis kopi yang ada? Ke kalau beli selalu main order je? Sekarang jom tengok apa beza espresso, mocha, latte, americano dan cappuccino.

Espresso


Secara asasnya semua jenis kopi diatas memerlukan espresso ni. So espresso ni kopi jenis apa kan? Ia adalah kopi yang memang pekat dan kaw gitu. Mesin yang digunakan untuk bancuh kopi ni mempunyai kawalan suhu dan tekanan yang tertentu. Kiranya espresso ni sebagai asas untuk bancuhan kopi lain. Selalunya espresso dibancuh dalam bekas kecil je sesuai untuk peminat yang suka kan rasa kopi pekat.

Americano


Kopi americano masih lagi rasa kopi espresso yang pekat cuma ditambah air.  Americano hanyalah rasa espresso yang sedikit lembut, tu je. Nisbahnya,
1 espresso : 3 air kosong.

Mocha


Okay mocha ni adalah kopi yang mana espresso dicampur dengan coklat dan susu. Rasa dia macam neslo gitu. Tadaa jadi dah mocha. Yang pentingnya dia tambah coklat so jadilah mocha. Nisbahnya adalah
1 espresso : 1 coklat : 1 susu : 1 krim.

Latte


Latte pulak adalah sejenis kopi susu. Espresso tadi ditambahkan dengan susu yang di stim kan. Buih susu ni datangnya dari susu yang distimkan tadi. Nisbah yang digunakan
1 espresso : 2 susu : 1 buih susu

Cappuccino


Okay cappucino ni terbalikkan je dengan latte tadi. Sama jugak espresso tambah dengan susu. Susunya tak banyak macam latte. So nisbahnya jadi
1 espresso : 1 susu : 2 buih susu

So simple je kan, espresso dan americano adalah kopi kosong. Mocha kopi tambah coklat. Latte dan cappuccino adalah kopi susu. Yang membezakan semua kopi ni adalah nisbah campuran bahan je. Jadi lepas ni nak order kopi dah boleh decide dengan cepat.

0 comment... add one now