Kenali Jenis Kulit Wajah

Kenali Jenis Kulit Wajah

Ada tak yang masih tak tahu apa jenis kulit muka dia? Tak kisahlah lelaki atau perempuan masing-masing mempunyai jenis kulit yang berbeza. Lepas ni bolehlah jaga muka ikut jenis kulit ye.



Kulit normal
Beruntung siapa yang ada kulit normal. Selalunya kulit jenis ni jarang bermasalah dan hanya memerlukan penjagaan yang mudah. Jadi bersyukur, jaga muka elok-elok. Ramai yang nak kulit sihat tau.

Kulit berminyak
Kulit berminyak akan nampak lebih tebal dan mempunyai liang pori yang lebih besar. Ini kerana kelenjar minyak pada wajah menghasilkan minyak yang berlebihan. Kebiasaannya kulit berminyak akan cenderung menghadapi masalah muka berjerawat,blackhead dan pori-pori besar. Selain tu kulit berminyak ni mungkin disebabkan faktor genetik dan amalan pemakanan yang tidak sihat. Jadi jaga pemakanan korang ye. Jangan selalu sangat makan yang berlemak.

Kulit kering
Kulit jenis ni kurang berminyak, nak kata lembap pun tak jugak. Kelenjar minyak pada muka kurang aktif, lagi kalau lama sangat terdedah dengan aircond. Jenis kulit kering ni kena banyak minum air masak dan gunakan pencuci muka yang sesuai. Jangan gunakan sabun beralkali tinggi, nanti muka makin kering. Selalunya kulit kering akan mula berjeragat, munculnya whitehead dan terdapat garis-garis kedut halus.

Kulit kombinasi
Kulit kombinasi akan rasa lembap dan lembut. Kulit nampak sihat dan berseri. Tapi kadang-kadang keadaan kulit ni boleh berubah mengikut hormon, persekitaran dan produk yang digunakan. Kulit kombinasi pun akan menghadapi masalah whitehead, jeragat dan penghasilan minyak di muka dengan tidak sekata.

Kulit sensitif
Kulit jenis ni memang kena jaga betul-betul. Kadang salah makan, salah guna produk dan perubahan cuaca pun boleh mempengaruhi tau. Kulit akan mengelupas, merah, pedih dan rasa seperti terbakar. Ruam dan jerawat pun akan senang nak timbul. Jadi kulit sensitif memerlukan penjagaan yang lebih.

So dah tau jenis kulit korang? Gunakan produk penjagaan yang sesuai dengan jenis kulit ye, jangan main belasah je. Orang pakai produk A korang pun nak jugak, bila tak sesuai mula salahkan produk. Kaji dulu jenis kulit sendiri okay.

0 comment... add one now