Khasiat Epal Hijau Pada Kesihatan

Khasiat Epal Hijau Pada Kesihatan

Kebanyakan dari kita mesti lagi suka epal merah kan. Lagi-lagi kalau yang memang manis tu. Tapi tahu tak epal hijau pun banyak khasiat tau, walaupun tak semanis epal merah ia tetap jadi buah kegemaran sesetengah orang. So apa khasiat epal hijau ni?


Serat yang tinggi
Epal hijau mempunyai jumlah serat yang tinggi. Serat ni penting tau untuk proses penghadaman, so takdelah isu sembelit ataupun susah nak membuang. Serat juga akan membersihkan badan, metabolisma badan akan meningkat dan badan rasa lebih sihat.

Mineral
Di dalam epal hijau terdapat pelbagai jenis mineral seperti  zat besi, zink, potassium dan lain-lain. Semua garam mineral ni akan membantu  badan berfungsi dengan lebih baik.  Kadar oksigen di dalam darah akan meningkat dan membantu kulit daripada radikal bebas. Kulit pun jadi halus dan cantik je tau.

Karbohidrat
Bukan nasi je ada karbohidrat tau. Dalam epal hijau pun ada, so dengan makan epal hijau pun korang dapat menambah rasa kenyang. Kalau lepas makan nasi masih terasa lapar walaupun belum sampai sejam makan, kunyah jelah epal hijau. Badan sihat, badan pun takdelah lemau je kan.

Mencegah penyakit
Masa sihat macam-macam nak makan, walaupun makanan tu tak dapat bagi nutrisi yang cukup pada badan tapi sebab ikut selera tekak layan kan jelah. Apa kata lepas ni amalkan makan buah-buahan setiap hari. Ambil epal sebiji sehari pun dah cukup. Ia dapat mencegah asma, diabetes, Alzheimer dan membantu menguatkan tulang.

Rendah lemak
Bagi yang nak kurus boleh masukkan menu epal hijau ni dalam diet seharian korang. Epal hijau mengandungi jumlah lemak yang rendah, selain tu ia akan mengumpul lemak yang berada dalam salur darah so perjalanan darah akan lebih lancar. Ia akan mengurangkan risiko strok tau.

Jadi lepas ni rajinkan diri makan buah. Makan buah bukan sebab sedap je tapi jugak sebab khasiatnya yang banyak.

0 comment... add one now