Maksud Photobomb Dalam Bahasa Melayu

Maksud Photobomb Dalam Bahasa Melayu.  Berikut adalah beberapa patah perkataan baharu yang diberi maksud dalam Bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Menurut Mstar

PETALING JAYA: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendedahkan beberapa perkataan baharu dalam bahasa Melayu menerusi akaun Twitternya pada Isnin.

Dengan tajuk 'Peka Bahasa - Istilah Semasa', DBP memaklumkan terma dalam bahasa Melayu bagi empat perkataan Bahasa Inggeris, yang sering digunakan pada hari ini.

Perkataan tersebut adalah kata pikat (pick-up line), meridap (nap), swafoto maut (killfie) and tunafoto (photobomb).

Perkataan swafoto maut bermaksud mengambil gambar sendiri menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital di tempat berbahaya yang boleh mendatangkan bahaya, seperti di tepi tebing atau di atas bangunan tinggi.

Namun ramai yang keliru dengan penggunaan perkataan tuna bagi terma bahasa Melayu itu, yang biasanya digunakan yang membawa maksud ikan tuna dalam bahasa Inggeris.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, tuna juga bermaksud luka atau rosak yang digunakan untuk menterjemahkan perkataan photobomb.

Tunafoto bermaksud gambar yang terganggu atau rosak disebabkan sesuatu yang tidak dijangka semasa mengambil foto.

Oleh Itu antara Istilah semasa yang diberi terma dalam Bahasa Melayu adalah

  • pikat (pick-up line),
  • meridap (nap),
  • swafoto maut (killfie)
  • tunafoto (photobomb).

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

0 comment... add one now