Manfaat Teh Hijau

Manfaat Teh Hijau

Seperti yang kita tahu teh hijau ni memang banyak manfaatnya. So jom tengok antara manfaat yang ada.



Menghilangkan sakit kepala
Kalau dengan panadol pun sakit kepala tetap tak hilang cuba minum segelas teh hijau panas. Nak lagi bagus gunakan teh serbuk atau daun selain uncang.

Mengurangkan stress dan tekanan
Teh hijau mengandungi asid amino yang disebut theanine. Theanine berfungsi untuk mengurangkan tekanan dan stress. Teh hijau membantu untuk rasa tenang tau.

Mengurangkan alergik
Kandungan teh hijau mengandungi bahan yang mana mempunyai respon terhadap alergik. So kalau rasa gatal-gatal kulit boleh cuba minum teh hijau untuk menghentikan rasa alergik tu.

Menyihatkan kulit
Teh hijau bagus untuk kulit dan muka. Jadikan masker pun boleh, campurkan 3 sudu makan yogurt dengan 1 sudu makan air teh hijau. Sapu pada muka dan biar selama 5-10 minit. Kemudian bilas. Ia dapat menjadikan kulit lembut dan sihat. Dengan pengambilan teh hijau yang berterusan ia akan dapat merawat kulit kusam.

Mengawal berat badan
Teh hijau mengandungi antioksida yang mana akan meningkatkan kadar metabolisma badan. Jadi bila metabolisma tinggi cepat lah turun berat. Nafsu makan pun berkurang dengan teh hijau ni.

Menghilangkan jerawat
Biasalah kadang jerawat datang menempel, gunakan masker yang mempunyai teh hijau atau beli pencuci muka yang mengandungi bahan dari teh hijau ni.

Menghindarkan risiko botak
Teh hijau dapat membantu memulihkan rambut yang mudah gugur. Jadi lepas ni cari shampoo yang mengandungi bahan dari teh hijau okay.

Menyegarkan nafas
Teh hijau akan menghalang pertumbuhan bakteria dan virus yang menyebabkan penyakit gigi. So nafas pun akan berbau segar je.

Menguatkan kuku
Teh hijau dapat menguatkan kuku dan membuat kuku lebih bersinar. Rendam je jari dalam air teh hijau dan amalkan setiap minggu. Kuku akan nampak cantik je tau.

So lepas ni bolehlah beli teh hijau buat stok minum dekat rumah. Cik Nurul pun memang suka minum teh hijau ni kalau lapar tau. Atleast boleh lapik perut sebelum waktu makan. Selamat mencuba.

0 comment... add one now