MAPS Ipoh Perak

MAPS Ipoh Perak

MAPS ni apa eh? Okay MAPS adalah singkatan kepada Movie Animation Park Studios. MAPS di Ipoh ni adalah yang pertama di Asia. Banyak sangat aktiviti menarik yang korang boleh lawati kat sini. Ia dibuka pada Jun 2017 dan dalam masa yang sama masih lagi dalam tempoh penambahbaikan. Bagi sesetengah zon masih ada lagi yang belum dibuka untuk tarikan orang ramai. But still, MAPS ni memang best untuk dilawati. Wow i’m sooo excited! Sebab cik Nurul pun tak pernah pergi lagi so perasaan teruja tu sentiasa ada. Okay jom go through serba sedikit tentang MAPS ni.



Dekat MAPS ni korang akan jumpa 6 Zon yang mana setiap zon ni mempunyai tarikan yang berbeza.

Animation square


Bangunan yang sangat menarik yang mana akan buat mata korang rasa wahhh cantiknya, menarik sangat! Bagi yang suka karakter Boboiboy memang ni lah tempatnya. Tarikan yang best termasuklah The Home of BoBoiBoy, BoBoiBoy 4D Theatre Adventure, Space Face Fancy Dress, Monkey Business Toys, Candy Shop dan banyak lagI.

Blast of zone


Bagi yang tak suka pada aktiviti yang mendebarkan mungkin Blast Off Zone adalah zon untuk korang. Dari pertunjukan LIVE animasi interaktif di The Smurfs Theatre hingga ke The Wormhole Technologies, korang akan menemui sesuatu yang menarik di setiap perjalan dalam zon tu. Kat sini korang boleh jugak singgah di Restoran Starship dan Starport Food Court.

Dream Zone


Masuk Dream Zone dan cuba hayati, masukkan sepenuhnya diri korang ke dalam dunia filem dan siri animasi kegemaran, baik lama atau pun baru. Sertai pahlawan  dalam pengembaraan yang lucu dalam setiap tarikan. Kenangan ni seumur hidup boleh diingat tau.

Fantasy forest zone


Kat sini kanak kanak dalam umur 3-12 tahun boleh lah rasa perjalanan mistik tamadun purba di Cave of Wonders dan mengagumi tarikan graviti di Upside Down Pyramid. Kanak-kanak juga boleh memanjat The Adventurers HQ Treehouse untuk belajar tentang alam semesta atau menyelam jauh ke dalam Coral Kingdom Indoor Playground yang bertemakan laut ajaib.

Lakeside zone


Korang boleh cuba nikmati menaiki spin di Hyperspin dan mengalami pengalaman terapung pada serangan Asteroid yang menentang graviti. Kalau rasa belum cukup mencabar, apa kata cuba pulak aktiviti di Space X-plores.

Live action zone


Bagi yang suka aktiviti lasak seperti memandu, sangat dialu-alukan untuk masuk ke zon ni. Rasakan sendiri keterujaan dalam arena yang mereka sediakan ni. Best!

Restoran dan tempat makan


Okay untuk pengetahuan korang, dalam ni tak boleh bawa makanan dari luar tau so makan siap-siap dari rumah. Takpun bawak duit yang cukup untuk makan di cafe yang disediakan. Tapi best sebab restoran dalam ni ada tema, so rasa teruja tu bertambah-tambah. Macam-macam jenis makanan ada dari makanan berat hingga pencuci mulut.

Shopping!


Rugilah kalau dah sampai tapi tak beli apa-apa sebagai kenangan kan. Dapatkan karakter animasi yang menarik seperti The Smurfs ataupun The Croods. Korang boleh jugak abadikan kenangan dengan mengambil gambar di photobooth yang disediakan. Serius ni memang kenangan yang mengujakan.

Korang boleh rujuk harga tiket masuk di laman web www.mapsperak.com

Alamat dan waktu operasi

Isnin-Jumaat
10 pagi-6 petang

Sabtu-Ahad/Cuti Umum/Cuti sekolah
10 pagi-10 malam


0 comment... add one now