Permohonan Berkahwin Secara Online (BNO)

Permohonan Berkahwin Secara Online (BNO). Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM). Sistem yang disediakan berasaskan proses kerja untuk kegunaan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).


Negeri - negeri yang menggunakan SPPIM adalah Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah dan Perak.

Siapa Yang Perlu Mengisi Permohonan Berkahwin Secara Online (BNO)?

Permohonan BNO perlu diisi oleh salah seorang pasangan pengantin.

Permohonan Perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran berkahwin. (Rujuk Semak Status)

Pastikan Tarikh Cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan dibuat.

Pastikan borang dan dokumen dilengkapkan dan dihantar ke PAID sekurang - kurangnya 2 minggu sebelum tarikh nikah.

Nombor rujukan BNO boleh dirujuk melalui emel pemohon.

Berikut adalah Langkah - Langkah Permohonan Perkahwinan Secara Online


1. Akses URL: www.sppim.gov.my
2. Pilih BENAR NIKAH ONLINE
3. Pilih PERMOHONAN BARU
4. Isi semua maklumat terutama bertanda " * "
5. Pastikan pemohon Faham akan kandungan yang dipersetujui.
6. Klik SAYA BERSETUJU dan klik butang HANTAR
7. Pastikan permohonan BERJAYA
8. Jika GAGAL, Ssemak semula atau hubungi Pejabat Agama Islam Daerah (Rujuk PAID dihalaman depan web SPPIM
9 Pastikan NO. RUJUKAN PERMOHONAN dicatat untuk tujuan pengemaskinian dan rujukan.
10. Cetak Borang BNO
11. Pastikan Borang BNO ditandantangani Oleh PEMOHON dan PENOLONG PENDAFTAR/IMAM 
12. Pastikan dokumen sokongan lengkap sebelum dibawa di PAID.

Tatacara Kemaskini atau semak status BNO


1. Akses URL: www.sppim.gov.my
2. Pilih BENAR NIKAH ONLINE
3. Masukkan No. Pengenalan atau Emel dan no. rujukan Permohonan. Klik Cari
4. Pemohon boleh mengemaskini maklumat dan tekan SIMPAN jika selesai kemaskini.
5. Pengemaskinian maklumat hanya boleh dibuat selagi permohonan BNO belum diproses PAID.
Jika Pemohon ingin menyemak status permohonan, klil tab status. Perhatikan STATUS PERMOHONAN.

Status BNO

Isi Borang - Pemohon telah memohon kebenaran berkahwin
Menunggu kelulusan  Lelaki/Perempuan - BNO dalam tindakan PAID
Lulus - Paid telah meluluskan BNO
GAGAL - Permohonan

0 comment... add one now