Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 & 4 2018 Online

Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 & 4 2018 Online. Buat adik - adik yang ingin menyambung pelajaran ke SBP Tingkatan 1 mahupun ke Tingkatan 4, permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ambilan 2018 telah pun dibuka.


Bagi adik - adik dan calon-calon yang mendapat keputusan cemerlang dan berminat untuk ke Sekolalah Berasmara Penuh boleh berbuat demikian dengan memohon secara online/talian di laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dibawah, disertakan cara-cara memohon untuk ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat SBP bagi tahun kemasukan tahun 2018.

Permohonan ke SBP Tingkatan 1 Tahun 2018

Permohonan kemasukan ke SBP bagi Tingkatan 1 boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara online di laman sesawang Permohonan Ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2018, mulai 16 Oktober 2017 di pautan link berikut:


Disini beberapa maklumat penting mengenai Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 SBP ambilan 2018 untuk pengetahuan pemohon:

  • Permohonan dibuka mulai 16 Oktober sehingga 19 November 2017.
  • Baca dan fahami info SBP serta panduan permohonan sebelum mengisi borang permohonan.
  • Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan bimbingan Ibubapa/Penjaga/Guru.
  • Pemohon tidak digalakkan mengisi borang secara bersendirian.
  • Pengemaskinian boleh dilakukan bila-bila masa sehingga tarikh tutup permohonan
  • Log masuk dengan menggunakan nombor MyKad dan angka giliran UPSR 2017.


Permohonan ke SBP Tingkatan 4 Tahun 2018

Permohonan ke SBP Tingkatan 4 juga boleh dibuat secara online menerusi laman web Permohonan Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2018, mulai 13 November 2017 di pautan berikut:-


Dibawah disertakan beberapa maklumat penting mengenai Permohonan Kemasukan ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ambilan 2018:-

  • Permohonan akan dibuka pada 13 November sehingga 24 Disember 2017.
  • Baca dan fahami Info SBP serta Panduan Permohonan sebelum mengisi borang permohonan.
  • Log masuk dengan menggunakan nombor MyKad dan angka giliran PT3 2017.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai permohonan kemasukan ke SBP, sila layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan www.moe.gov.my atau hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) KPM di talian hotline 03-83217400.

Diharap adik - adik semua berjaya ikut dalam permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh. Berikut adalah Pautan asal iklan kemasukan ke SBP 2018.

0 comment... add one now