Resepi Ikan Bakar Portugis

Resepi Ikan Bakar Portugis

Teringat masa kerja kat Alamanda dulu, bila waktu rehat je memang RASA food court tu jelah tempat nak makan. Kalau rajin sikit boleh drive pergi presint 16 makan dekat foodcourt sana. Tapi dekat Alamanda ni ada jual ikan bakar portugis tau. Memang dia bakar dekat situ jugak. So memang korang makan fresh yang baru dibakar. Mula-mula memang tak rasa pun nak makan ikan bakar semata-mata sebagai lauk, tapi bila dah cuba ya ampunnn sedap sangat! Lepas daripada tu memang tu jelah menu tiap kali nak makan waktu rehat. Tapi tak pastilah sekarang ada lagi ke tak jual ikan bakar ni kat Alamanda. Takpun korang boleh cuba ikan bakar portugis dekat foodcourt Midvalley bahagian atas. Bau dia dari jauh pun dah memanggil-manggil. Situ pun boleh tahan orang beratur, sebab serius sedap! Okay jangan kecur air liur pulak, jom kita buat sendiri.



Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap - kelar (ni terpulang nak ikan apa, bawal/kembung/pari)
5 helai daun limau purut - hiris halus
3 sudu makan minyak bawang putih
1 sudu kecil penuh garam
1 sudu makan gula
Aluminium foil/daun pisang

Bahan kisar:
3 sudu makan cili kering kisar
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
2 hiris lengkuas

Cara-cara

-Cara nak buat minyak bawang putih ni senang je. Ambil dalam 6 ulas bawang, tumbuk dengan kulit sekali. Then goreng dengan setengah cawan minyak. Dah garing boleh angkat dan sejukkan.
-Ikan dibersihkan dan dikelar kelar sedikit. Gaulkan bahan kisar bersama garam dan gula. Letak ikan atas aluminium foil/daun pisang, lumur dengan campuran bahan kisar tadi.
-Tuang minyak bawang putih dan tabur daun limau. Tutup dan bungkus ikan dengan foil dan bakar sehingga ikan masak.
-Apabila ikan masak, buka sedikit foil dan teruskan bakar dengan foil terbuka sehingga garing.
-Kalau suka boleh masukkan sayur bendi yang di potong serong.

Serius sedap tau, ikan bakar ni akan sedikit berkuah dan rasa dia memang wallahhh terbaikkk!

0 comment... add one now