Resepi Ikan Kembung Rebus Asam

Resepi Ikan Kembung Rebus Asam

Lauk simple macam ni memang boleh buat kecur air liur tau. Nampak je menu yang ala-ala kampung ni memang heaven lah. Dah nama pun tekak orang kampung, so jom kita buat sendiri. Memang simple je ni.



Bahan-bahan

2 ekor ikan kembung
1 cawan air
2 ulas bawang merah
1 biji cili merah-1/2 dihiris halus
4 biji cili api merah dan hijau (kalau panjang 2 pun cukup)- dihiris
1/2 sudu teh belacan dibakar
1/2 biji tomato potong dadu
1/2 labu bawang besar dihiris halus
1/2 sudu teh asam jawa(kalau takde ganti dgn cuka)
jus limau nipis secukup rasa
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

-Mula-mula rebus je ikan kembung dalam kuali. Rebus sampai mendidih tau.
-Kemudian tuang air rebusan tadi ke dalam bekas lain, ikan biarkan dalam kuali (bakar sekejap)
-1/2 cili merah ditumbuk bersama bawang merah, belacan dan asam jawa. Bahan tumbuk ni masukkan dalam air rebusan ikan dan kacau sebati.
-Masukkan bahan hiris, tomato, garam, gula dan perahkan limau nipis secukup rasa.
-Ikan tadi masukkan dalam pinggan, tuangkan kuah rebusan tadi atas ikan.

Siap! Boleh terus makan dengan nasi panas. Selamat mencuba!

0 comment... add one now