Resepi Kari Ayam Mudah

Resepi Kari Ayam Mudah

Kari ayam ni memang favourite kalau makan dengan nasi impit. Well selera orang lain-lain kan. Makan dengan roti jala pun sedap lagi-lagi dengan kuah yang pekat. Jom cuba resepi kari ayam ni. Ni resepi untuk 2 orang makan, kalau nak masak banyak just gandakan ya.



Bahan-bahan

6 ketul ayam
1 biji kentang
3/4 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
Asam keping
1/2 kotak santan
5 sudu besar rempah kari
Sedikit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
Daun kari
Air secukupnya
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

Masukkan bawang yang dihiris bersama dengan halia, kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang ke dalam kuali. Tumis sehingga naik bau dan keperangan.

Masukkan rempah kari ke dalam kuali, tambahkan sedikit air dan kacau sehingga kari sedikit garing.

Kemudian masukkan daun kari dan kentang yang dibelah empat.

Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam kecut, tambahkan air dan biarkan mendidih.

Masukkan santan dan masak dengan api perlahan. Bila kentang dah empuk perasakan kari dengan gula dan garam. Kalau nak kuah lebih boleh tambah dengan air panas dan masak lagi.

Okay siap. Selamat mencuba.

0 comment... add one now